masa festival seni 09 kt um, dapat gak merasai kemeriahannya
Posted by pokniklahtokdeh on 24/05/2009
masa festival seni 09 kt um, dapat gak merasai kemeriahannya
Posted in Uncategorized | Tagged: festival seni um | Leave a Comment »
Posted by pokniklahtokdeh on 13/05/2009
Persembahan tari inai sempena majlis perlimau silat pada 20.4.2008 yang bertempat di Gelanggang silat Kg. Limbat, Pasir Mas Kelantan yang telah dirakam oleh saudara asrul faizal.
Selamat menonton!!!
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Posted by pokniklahtokdeh on 27/04/2009
Susah saya nak cakap yang mana satu yang terbaik. Bagi yang dah expoert guna Vegas dia kata Vegas is the best. Bagi yang expert guna Premiere dia kata premiere is the best.. Begitu juga dengan software-sofware yang lain. Bagi yang paling saya suka guna ialah CyberLink PowerDirector kerana banyak effect dapat download dalam website serta tak banyak karenah semasa proses pengeditan. Salah satu contoh penghasilan video yang saya hasilkan dengan sofware CyberLink PowerDirector ialah VCD Teknik-teknik Asas Muzik Dikir Barat oleh Arjunasukma.
Sebenarnya dalam Non Linear Editing video editing konsep lebih kurang sama. Dalam sesuatu sofware ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cuma saya tak dapat nafikan memang ada kelebihan dalam sesuatu software yang tidak ada dalam software yang lain. Salah satunya
1. Interface yang mudah tak mengelirukan
2. Capable untuk preview effects secara realtime tanpa dibantu oleh hardware yang lain
3. Capable untuk edit dalam multiformat video / audio serentak tanpa di convert terlebih dahulu.
Secara amnya most “modern” video editing software hari ini ada ciri-ciri di atas. Yang penting kita tahu konsep dalam video editing terutama basic knowledge dalam video editing.
Seperkara lagi suka saya nyatakan di sini. Kita tak boleh nak samakan video editing yang digunakan oleh large scale production. Kenapa? Kebanyakkan mereka tak bergantung semata-mata pada sofware semata-mata. Cth Avid…sistem editing dalam avid memang banyak diguna dalam broadcast..tapi kalau sekarang avid video sofware sahaja tak banyak bezanya dengan video editing sofwatre yang lain. Avid akan perform pada tahap yang excellent kalau digabung dengan h/ware seperti Mojo dan sebagainya. Satu lagi kita kena harus faham most broadcast tak pakai single processor untuk edit video. Kebanyakkannya ada beberpa multiple processor atau workstation untuk render video yang dah di edit.
Saya pernah terima email macam ni. Dia kata dia dah biasa pakai Pinnacle studio tapi nak belajar guna Premiere sebab dah bosan dengan title yang ada dalam Pinnacle. Saya tanya pada pengirim email ni. title macam mana yang dia nak. Dia cakap title yang lebih dynamic dan tak bergantung pada title yang ada dalam Pinnacle. Ok sebenarnya saya sendiri jarang guna title yang ada dalam mana-mana video editing termasuk dalam premiere yang saya selalu saya guna. Apa yang saya buat create title dalam photoshop dan gunakan dalam mana-mana software. Jadi saya terangkan kepada penulis email ini..kalau nak create own title style buat dalam photoshop dan masukkan dalam pinnacle. Masukkan trasition effects pada permulaan dan diujung title tersebut…tengok hasil dia macam mana… saya ada bagi sedikit guide macam mana nak create title untuk digunakan dalam pinnacle. Lepas beberapa hari pengirim email bagi tahu pada saya ..dia kata sebelum ni tak terfikir yang pinnacle yang dianggap “sofware amatur” boleh create title yang baik… So dalam kes ini apa yang penting selain dari software pengguna itu sendiri kena paham basic thing dalam video editing..kalau dia faham software amatur pun boleh menyamai hasil software yang advance. Tapi saya tak lah nak katakan sofware untuk pengguna biasa ni boleh melakukan semua yang boleh dilakukan oleh software yang advance…tapi apa yang penting kena study software yang kita gunakan sebelum jump to the conclusion yang sofware tu tak bagus.
Satu lagi meneganai Mac Vs PC dalam video editing….entahlah saya pernah guna dua-dua plaform ni…saya guna mac masa terbabit secara part time dalam satu project video di sebuat production co. Diorang guna G5 dan Final Cut pro dalam semua editing. Dari pengamatan saya kalau video format yang kita nak edit tersbut just standard video format cth macam miniDV atau dvcpro..tak ada beza ketara antara platform Mac atau PC. Satu lagi dari segi stability. Ramai yang kata MAc tak pernah hang…kekadang nak tergelak pun ada…no Mac juga hang..sebenarnya dalam video editing h/ware spec banyak membantu terutama CPU dan ram. Itu sebabnya Steve Jobs terpaksa tarik balik “kutukan” dia terhadap Intel Processor. Sebab kalau Apple mac still dengan Processor yang lama..memang Apple akan tenggelam terus… Now sekarang both PC & mac guna processor yang sama Intel (kecuali pengguna yang guna AMD). Performance dia lebih kurang sama. Ya mungkin kelebihan terdapat dalam Mac intel kerana semua h/ware dan software telah diuji oleh apple sebelum dijadikan spec dalam satu-satu mac pc.
Kedua pasal OS antara windows dan Mac OSX. Betul kalau sebelum era winXP memang nak edit video kekadang macam satu malapetaka sebab memanjang hang dan selalu keluar blue screen of death. But since WinXP perkara ini amat jarang. Secara peribadi saya menggunakan WinXP platform dalam kerja-kerja editing dan edit bukan sedikit kekadang menjangkau ratus gig saiz fail dan buat pelbagai composite video..tapi setakat ini tak pernah hang…. yes really mungkin orang tak percaya…Kalau hang pun ia disebabkan software tersebut ditulis di create dengan tak begitu baik cthnya pinnacle 10. Sekarang tak salah saya highend Mac menggunakan 8 Core Intel Xeon Processor. So memang mengancamlah performance dia but spec yang sama juga boleh digunakan dalam PC based…maybe lebih murah..
Now terpulang pada kita nak guna software atau platform yang mana nak kita guna. Sebabnya ini semua banyak bergantung pada “keselesaan” kita sebagai pengguna yang menggunakan software atau sesuatu komputer platform. Bagi saya ..saya gunakan Premiere sebab saya dah familar guna dengan premiere dan apa yang terfikir difikiran saya dapat diterjemahkan secara visual dengan menggunakan sofware ini. Begitu juga dengan pengguna FCP, Vegas, Avid, Edius dan sebagainya… hasil bergantung pada tahap mana kita dapat menafaatkan sepenuhnya sesuatu software yang kita gunakan.
Selamat Mencuba!!!
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Posted by pokniklahtokdeh on 27/04/2009
Ada yang bertanyakan pada saya mana satu editing software yang bagus. Ia sebenarnya banyak bergantung pada keselesaan pengguna dan juga tahap pengalaman untuk menggunakan satu-satu software.
Cuma jika anda seorang yang baru dalam dunia editing saya sangat-sangat menggalakan menggunakan Corel Video Studio (Dulu dikenali sebagai Ulead Video Studio) terutama versi yang baru. Terus terang saya katakan software ini lebih dari cukup untuk kita buat editing sekiranya kita menggunakan atau mengoptimizekan apa yang ada dalam Video Studio.
Kenapa saya suggest software ni. Pertama mudah dan straight foward.. kedua versi terbaru support up to 6 video tracks ..so kalau kita nak buat multi layer video tak masalah. Ketiga dia support hampir semua format termasuk video dari h/phone sepeerti 3gp dan mp4..jadi tak perlu pening kepala jika video anda tak boleh dibuka untuk dibuat editing. Ke empat dia support untuk output ke format yag popular termasuk format AVCHD untuk blueray.
Saya menulis artikel ini sebab ada rakan kita nak cuba premiere pro. Saya cakap kat dia bukan tak boleh ..boleh tapi bagi mereka yang baru dalam dunia video editing Premiere tak berapa sesuai. Terus terang saya cakap saya bermula menggunakan Ulead Video Studio version 6 kemudian bila dah faham selok belok dalam video editing barulah saya menggunakan video editor yang lebih advance. Sehingga ke hari ini saya masih menggunakan Pinnacle Studio dan juga CyberLink PowerDirector untuk buat editing terutama video persembahan tradisional yang saya rakamkan. Kenapa sebab saya lebih sukakan simplicity..Cuma jika tak boleh dibuat dalam video editing tersebut barulah saya menggunakan perisian yang lebih advance..itu pun sebahagian dari video bukan keseluruhan video.
Baru-baru ini kawan saya minta saya installkan permiere pro dalam pc dia. Sebab dia nak buat editing…kemudian dia datang balik dia katakan..susah laa…. Memang bagi dia susah sebab dia tak biasa. Kemudian saya kata why not try Corel Video Studio…Selepas menggunakan beberapa hari dia kata software ni memang senang digunakan..dan dia pun show off dia punya video kepada saya…Not bad…
Jadi kepada mereka yang minat nakk edit video tapi mahukan simplicity tetapi banyak option saya memang strongly suggest Corel Video Studio terutama versi yang terbaru…
Ingat Video editing is an art… dan dicantikkan lagi dengan teknologi…
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Posted by pokniklahtokdeh on 26/04/2009
Sempena perlawanan bola sepak final piala fa, satu persembahan dikir barat telah di adakan di dataran Bukit Jalil sebagai tanda sokongan kepada pasukan Kelantan menentang pasukan Selangor. Pasukan Dikir Barat di persembahkan oleh Kumpulan dikir barat kajang.
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
Posted by pokniklahtokdeh on 26/04/2009
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Posted by pokniklahtokdeh on 26/04/2009
Ramai selalu tanya saya mengenai masalah bila nak edit video. Antara masalah yang common video tak boleh buka dalam video editing software..kalau boleh buka pun suara tak keluar . Satu lagi bila dah edit video ramai yang tanya macam mana nak burn ke VCD atau dvd atau mak post video ke website cth youtube.
Sebenarnnya bukan salah pengguna ..kita kena faham bukan semua yang tech oriented person…bila bab video editing terutama zaman sekarang video yang berformat digital dah menjadi dominant. Jadi bila kita sebut saja digital video mahu tak mahu pengetahuan dalam IT seperti komputer dan yang berkaitan amat perlu.
Hampir semua kamera video yang dijual sekarang adalah dalam format digital. Malasalahnya format video digital tak sama dari satu kamera ke kamera yang lain..,, kalau hari ini satu format selalu diguna pakai mungkin akan datang format tersebut tak diguna pakai lagi…atau kalau kita ada perisian untuk edit video mungkin tak support format terbaru yang ada pada kamera video yang terkini…
Video digital tak seperti video camera zaman dulu…selepas dirakam boleh terus main di VHS player..kalau nak copy ke tape yang lain kita kena ada dua video player dan buat dubbing..tapi sekarang sebelum kita nak jadi kan video tadi boleh ditonton di TV misalnya cth vcd atau dvd ada beberapa step kita kena buat. Walaupun digital video ni agak banyak step tapi dari segi qaulity yang dihasilkan memang agak jauh lebih baik kalau dibanding dengan video analog.. Cuma apa yang perlu untuk kita mengatasi “karenah” video digital ini adalah guna tool yang sesuai dengan kamera video ang kita ada.
Seperti h/phone begitu juga denga kamera video technology akan sentiasa berubah…kalau dulu kamera video hanya merakam gambar dalam standard definition sekarang kamera mampu merakamkan video dalam bentuk high definition …walaubagaimana pun bukan semua video editing software support untuk format terbaru…
jadi ini masalah yang sering dihadapi oleh pengguna kamera video terutama kamera video menggunakan video format yang terbaru.. Jadi dalam artikel ini saya membuat ulasan mengenai video editing software untuk consumer.
dalam banyak-banyak software untuk consumer saya mengalakan menggunakan Ulead Video Studio 11.5. Ini kerana software ini support untuk hampir semua format video kamera yang ada di pasaran sekarang. Apa yang lebih penting software ini user friendly . Jadi kalau mereka yang baru dalam dunia video editing tak pening kepala untuk mengendalikan software ini. banyak feature yang ada dalam software ini..kalau kita creative kita mampu menghasilkan video yang baik….
antara feature yang ada:(berdasarkan dari lama web Ulead)
Ulead VideoStudio 11.5 Plus is comprised of the VideoStudio 11 Plus program
along with the VideoStudio 11 Power Pack and Media One Plus. If you are an existing VideoStudio 11 Plus owner, click on the icon below for your free upgrade. If you purchased VideoStudio 11.5 Plus then you do not need to download the update packs.
The powerful new features in VideoStudio 11.5 Plus
End-to-end AVCHD – (AVCHD on standard DVD)
Author HD content (from AVCHD or HDV camcorder, or any other HD source) and burn to a standard DVD, using a standard burner.
M2TS (Transport Stream) import
Blu-ray Disc (BDMV) authoring
Now users can author HD productions in MPEG 2 HD format, with High Definition Type I motion menus, and burn them to Blu-ray Disc.
H.264 High Profile (HD) encoding-
HD DVD on standard DVD Production
Users can author HD DVD productions with motion menus, and burn to standard DVDs.
Native .TOD format (JVC HD Camcorder) import and editing
New Menus, Templates and Overlay Graphics
Even users who have not made the jump to HD yet, are always looking for fresh content. The 11.5 Upgrade adds a set of rich, professionally-designed templates and graphics to the VideoStudio 11 Plus library:
Direct YouTube™ upload
Sharing videos online has become one of the most popular activities in the wired world. The leader of this revolution is YouTube, and now VideoStudio makes it easier than ever to create and upload cool videos.
Logging in and uploading all takes place from within VideoStudio.
adi kalau kita tengok features yang ada di atas software ini sudah cukup untuk kita menghasilan VCD atau dvd dengan hanya menggunakan satu software tanpa perlu software yag berasingan untuk edit, convert, authoring dan burning…semuanya All in one… saya dahulu pernah menggunakan Ulead dan saya memang akui Ulead antara salah software yang baik untuk tujuan editing bagi normal user.
Jadi kepada pengguna video kamera generasi baru cth HDD cam, DVD cam, saya menggalakan menggunakan software ini… sebab software ini support untuk format terbaru video cam….walaubagaimana pun pastikan spec pc anda mencukupi..kerana sesetengah format video cth AVCHD memerlukan pc yang agak power dan pastikan ram mencukupi..
Laman web Ulead Video Studio http://www.ulead.com/vs/features.htm
selamat mencuba!!!
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Posted by pokniklahtokdeh on 26/04/2009
Di pasaran sekarang terdapat banyak format video camera. Jadi sebagai pengguna memang pening memikirkan videocam mana yang paling sesuai terutama dari segi budget, kesusuaian untuk edit, mudah dan sebagainya. Bukan apa kalau silap pilih mungkin mendatangkan masalah kepada kita terutama bila kita nak melakukan editing, convert ke VCD/DVD dan sebagainya.
Jenis-jenis format video camera yang ada di pasaran:
Terdapat dua jenis format utama pada video camera pertama ANALOG dan kedua DIGITAL. Format analog telah lama berada di pasaran sejak awal tahun 80′an. Cth camera format analog untuk consumer seperti berikut:
Terdapat juga camera professional yang menggunakan analog seperti betacam tetapi tak perlulah saya terangkan di sini.
Format digital mula di perkenalkan pada pertengahan tahun 90′an dan camera video digital untuk consumer mula berada di pasaran pada penghujung tahun 90′an. Antara format digital pada video camera
Jadi persoalan yang timbul mana satu yang kita nak pilih. Kalau ditanya pada saya saya akan buat priority seperti dibawah
Walau bagaimana pun ini semua terpulang pada anda..Apa yang saya nyatakan berdasarkan keperluan saya lebih kepada editing dan memang saya amat pentingkan qualiti dari mula sampai akhir. Apa-apa pun bergantung pada anda..apa yang saya tulis mungkin boleh dijadikan panduan atau rujukkan kamera mana yang paling sesuai untuk anda. Bagi saya selain dari camera yang digunakan cara mengambil / shoot video juga penting..yang penting bagaimana creative kita merakamkan satu event…
Selamat memilih…
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »